KOMIK ANTI DADAH
Siang hari, mak cik sedang berjalan. Sebuah
motosikal melalui dan meragut beg tangannya dengan tiba-tiba, lalu dia
terjatuh dan kepalanya terhantuk ke atas bahu jalan..
Malam, seorang pemuda sedang berjalan. Beberapa
orang muncul dan merompaknya, dia memberontak dan perompak mengangkat
parang lalu menetak kepalanya…
Di pusat hiburan, seorang gadia telah mengambil
pil ecstasy, dengan penuh ‘high’ dia menari dan menggelang kepalanya.
Selepas, dia dibawa keluar dan dirogol secara bergilir-gilir.
Di terminal bas, orang ramai lalu-lalang. Di
tingkat teratas, muncul seorang lelaki berbogel, bercakap sendirian,
diburui ketakutan kemudian dia terjun ke bawah…Rakannya berkata:”Dia
mengambil ‘ice’(syabu), sering dengar bunyi yang pelik.”
Kini terdapat kes-kes dahsyat seperti meragut,
pembunuhan, rogol dan bunuh diri, kami percaya kebanyakannya adalah
dipengaruhi oleh dadah moden. Pihak polis berkata:”jenis dadah sintetik
moden ini adalah punca kes jenayah dan masalah sosial masyarakat.”
Kemunculan jenis dadah sintetik yang moden seperti
pil ecstasy, syabu, ketamine, elamine 5, adalah perangsang fizikal dan
mental yang sangat kuat. Penggunaan berterusan 2-3 kali akan ketagihan
dan akhirnya membawa kemusnahan.
Seorang pelatih dari pusat pemulihan dadah Charis
berkata:”Dadah dulu tu bawa mabuk tapi orang masih sedar, sekarang…aah,
dadah baru bawah mabuk tapi orang jadi hilang akal, ‘high’ macam anjing
gila…dulu masa kami ambil dadah buat kami berani rompak, hanya mau dapat
wang saja, tapi kini dadah baru jadi orang rasa takut, cepat marah, dan
boleh jadi ganas sangat.”
Dengan kos rendah, penghasilan cepat, mudah
dibeli, senang dibawa; dadah sintetik menjadi pilihan utama di tempat
hiburan serta ramai menganggapnya untuk alat hiburan sahaja, tidak akan
ketagih, menguruskan badan, tidak akan merosakkan…
Sasarannya adalah remaja dari keluarga yang kaya,
kekurangan kasih sayang dan mengejar trend terkini semata-mata. Mengikut
statistik daripada pusat pemulihan Charis 2005, 21% daripadanya adalah
remaja di bawah umur 25 tahun yang mengambil dadah sintetik, kes fikiran
terganggu semakin bertambah.
“Pada mulanya, saya ingin cuba dan hanya main-main
saja, anggap ini boleh dihentikan. Tapi apabila mood tidak baik saya
ingatlah dadah, gian ini sukar dilawan…lepas main saya berani melakukan
gila..saya pernah pecah semua cermin di dalam rumah.” seorang pelatih
dari Sarawak berkata.
Ah Guang berkata:”Sesetengah orang tidak
semestinya mempunyai delusi yang banyak, tetapi pengambialn dadah
sintetik meningkatkan keinginan hubungan seks. Bagi perempuan, ini
sebenarnya adalah ubat perangsang seks.
Mencegah lebih baik daripada mengubati. Bermula daripada pengajaran
keluarga dengan memberi lebih kasih sayang kepada remaja supaya mereka
tidak akan diajari melalui internet, televisyen dan rakan yang tidak
baik.
Utamakan keluarga. Mengambil berat, mengajar dan membimbing anak-anak
kita. Jangan sampai ahli dalam keluarga terlibat dalam dadah atau
menjadi mangsa ragut barulah menyesal.
Orang muda: kebebasan memilih adalah hak anda. Adalah anda hendak memusnahkan masa depan dan hidup anda?Pilihan yang bijak.
really nice comic..do u still commited on this?
ReplyDelete