Sunday 1 April 2012

DASAR DADAH NEGARA

 Dasar Dadah Negara
         circ6.gif (239 bytes)Untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas dari dadah.

pin5b.gif (463 bytes) Objektif
         circ6.gif (239 bytes)Mengurangkan pemintaan dadah ( demand reduction )
         circ6.gif (239 bytes)Mengurangkan bekalan dadah ( supply reduction )

pin5b.gif (463 bytes) Strategi
           circ6.gif (239 bytes)Terdapat beberapa strategi untuk mengawal penggunaan atau pengedaran dadah bagi mengurangkan jumlah  penagih dadah di Malaysia. Antaranya ialah:
                                                              dancy4.gif (289 bytes) Pencegahan
                                                              dancy4.gif (289 bytes) Penguatkuasaan
                                                              dancy4.gif (289 bytes) Pemulihan
                                                              dancy4.gif (289 bytes) Kerjasama Antarabangsa
           circ6.gif (239 bytes)Pencegahan, penguatkuasaan dan pemulihan merupakan tiga strategi utama, manakala kerjasama antarabangsa merupakan strategi sokongan.

dancy4.gif (289 bytes)Pencegahan
Pencegahan mengandungi dua unsur penting iaitu pencegahan awalan dan pencegahan umum. Program ini memberi penekanan  kepada unsur untuk:
         pointy4.gif (256 bytes) Membentuk pemikiran generasi muda supaya membenci dadah.
         pointy4.gif (256 bytes) Mengubah sikap dan persepsi masyarakat terhadap kegiatan dadah.
         pointy4.gif (256 bytes) Melibatkan masyarakat dalam usaha pencegahan dadah.
         pointy4.gif (256 bytes) Menyediakan alternatif untuk mengelak ahli masyarakat dari terlibat dengan dadah.

dancy4.gif (289 bytes)Penguatkuasaan
Penguatkuasaan merupakan strategi kedua yang akan bertindak dalam tiga bidang iaitu:
         pointy4.gif (256 bytes) Menyekat Kemasukan Dadah.
         pointy4.gif (256 bytes) Penguatkuasaan Melalui Perundangan.
         pointy4.gif (256 bytes) Risikan.

dancy4.gif (289 bytes)Pemulihan
Strategi ini menggunakan dua pendekatan iaitu:
pointy4.gif (256 bytes) Memutuskan Pergantungan Kepada Dadah
   i ) Pengesanan penggunaan dadah pada peringkat awal.
   ii) Pemulihan institusi
          pointy4.gif (256 bytes) Mencegah Ketagihan Semula (Recidivism )

dancy4.gif (289 bytes)Kerjasama Antarabangsa
Strategi ini bertujuan untuk:
          pointy4.gif (256 bytes) Memupuk kerjasama yang rapat dalam usaha pengawalan dan pencegahan dadah di kalangan negara di  peringkat serantau dan antarabangsa.
          pointy4.gif (256 bytes) Memperkuatkan usaha negara dalam pengawalan dan pencegahan dadah di peringkat antarabangsa.

AGENSI BERKAITAN DADAH

Majlis Dadah Kebangsaan
                         circ2.gif (239 bytes)Bidang Tugas
                         pointy4.gif (256 bytes)  Menggubal dan menentukan pelaksanaan dasar dadah negara berhubung dengan pencegahan,   penguatkuasaan, pemulihan dan kerjasama antarabangsa.
                         pointy4.gif (256 bytes) Memantau ( monitoring ) semua aktiviti dan rancangan yang berkaitan dengan pengawalan dan   pencegahan dadah.
                          circ2.gif (239 bytes)Objektif
                              Menghapuskan masalah dadah demi melahirkan masyarakat yang bebas dari dadah.

Agensi Dadah Kebangsaan

                          circ2.gif (239 bytes)Bidang Tugas
                         pointy4.gif (256 bytes) Melaksanakan program pencegahan
                          pointy4.gif (256 bytes) Melaksanakan program rawatan dan pemulihan
                         pointy4.gif (256 bytes) Meningkatkan sistem pengumpulan maklumat mengenai dadah serta membuat penilaian akan   keberkesanan program anti dadah negara.
                         pointy4.gif (256 bytes) Meningkatkan kerjasama serantau dan antarabangsa dengan lebih aktif lagi dalam usaha                                   memerangi masalah dadah.
                          pointy4.gif (256 bytes)  Memberi khidmat urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan.
                          circ2.gif (239 bytes)Objektif
                              Memerangi masalah dadah ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bebas dari dadah.
                         circ2.gif (239 bytes)Latar Belakang Agensi Dadah Kebangsaan
                                                        1972 - Pusat Biro Narkotik
                                                        1978 - Unit Bertindak Eksekutif
                                                        1979 - Urusetia Dadah
                                                        1983 - PPAD Jabatan Perdana Menteri
                                                        1995 - PPAD Kementerian Dalam Negeri
                                                        1996 - Agensi Dadah Kebangsaan


 Persatuan Mencegah Dadah Malaysia ( PEMADAM )

                                                                    Pemadam.jpg (14083 bytes)

Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) telah ditubuhkan pada 26hb Mac, 1976. Gagasan penubuhan PEMADAM kebangsaan sebagai Badan Bukan Kerajaaan utama untuk memerangi ancaman dadah dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua ketika itu, Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Hussein. Perasmian Pelancaran Penubuhan PEMADAM Kebangsaan telah dilancarkan oleh Allahyarham Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia yang ketiga di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan pada tarikh dan masa yang sama mesyuarat Agung telah diadakan. Penaung bagi persatuan kebangsaaan ialah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato Seri Dr Mahathir Mohammad.

circ2.gif (239 bytes)Senarai Alamat PEMADAM Negeri-Negeri
 
  1.Setiausaha Kehormat,
     PEMADAM Negeri Perlis,
     D/A Jabatan Belia Dan Sukan Negeri,
     Jalan Hospital,
     01000 Kangar,
     Perlis.
 
  2.Setiausaha Kehormat,
     PEMADAM Negeri Kedah,
     Wisma Negeri,
     05503 Alor Setar,
     Kedah.
 
  3.Setiausaha Kehormat,
     PEMADAM Negeri Pulau Pinang,
     3A & B, Jalan Batu Gantung,
     10450 Pulau Pinang.
 
  4.Setiausaha Kehormat,
     PEMADAM Negeri Perak,
     Tingkat 4, Bangunan Kompleks Islam,
     Jalan Panglima Bukit Gantang,
     30000 Ipoh,
     Perak.
 
  5.Setiausaha Kehormat,
     PEMADAM Negeri Selangor,
     Tingkat 5, Bangunan Sultan Salahudin
     Abdul Aziz Shah,
     40000 Shah Alam,
     Selangor.
 
  6.Setiausaha Kehormat,
     PEMADAM Wilayah Persekutuan,
     29, Jalan Conlay,
     50480 Kuala Lumpur.
 
  7.Setiausaha Kehormat,
     PEMADAM Negeri Melaka,
     D/A Lembaga Air Melaka,
     Tingkat 12, Wisma Graha Maju,
     Jalan Tan Chay Yan,
 
  8.Setiausaha Kehormat,
     PEMADAM Negeri Sembilan,
     51, Jalan Keliling,
     70100 Seremban,
     Negeri Sembilan.
 
  9.Setiausaha Kehormat,
     PEMADAM Negeri Johor,
     D/A Jabatan Pendidikan Johor,
     Unit Hal Ehwal Murid,
     JKR 1600, Jalan Kolam Air,
     80100 Johao Bahru,
     Johor.
 
10.Setiausaha Kehormat,
     PEMADAM Negeri Kelantan,
     D/A Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan,
     Kompleks Kota Darul Naim,
     15503 Kota Bharu,
     Kelantan.
 
11.Setiausaha Kehormat,
     PEMADAM Negeri Terengganu,
     D/A Pejabat Setiausaha Kerajaan,
     Tingkat 6, Wisma Darul Imam,
     20503 Kuala Terengganu,
     Terengganu.
 
12.Setiausaha Kehormat,
     PEMADAM Negeri Pahang,
     D/A Majlis Perbandaran Kuantan,
     Jalan Masjid,
     25000 Kuantan,
     Pahang.
 
13.Setiausaha Kehormat,
     PEMADAM Negeri Sarawak,
     D/A Kementerian Pembangunan Sosial,
     Petra Jaya,
     93502 Kuching,
     Sarawak.
 
14.Setiausaha Kehormat,
     PEMADAM Negeri Sabah,
     D/A No JKR 136,
     Jalan Istana Lama,
     88300 Kota Kinabalu,
     Sabah.

JENIS DADAH

Dadah dapat dibahagikan kepada lima kumpulan yang besar iaitu kanabis, depresen, halusinogen, stimulan dan narkotik. Dadah depresen, stimulan, dan halusinogen disebut bahan psikotropik.
                                                                                                                                                         
Bil       Kumpulan Dadah                  Jenis-Jenis Dadah
1.2.
3.
4.
5.
KanabisDepresen
Halusinogen   
Stimulan
Narkotik
Ganja, Hasbish, Minyak Hasbish.Barbiturat, Tranquilizer, Methaqaolone.
Lysergic Asid Diethylamide ( LSD ), Mescaline, MDA, DMT, STP
Amfetamin, Kokain.
Candu, Morfin, Heroin, Kodein.

MENGENALI PENAGIH DADAH

Anda akan melihat perubahan yang tiba-tiba ini pada perangai anak anda atau orang yang anda kasihi. Perubahan ini selalunya mempunyai hubungan dengan penggunaan dadah. Walau bagaimanapun, tiap-tiap jenis dadah mempunyai tandanya tersendiri. Hubungilah doktor anda atau pegawai pemulihan dadah untuk mendapatkan kepastian. Jangan sekali-sekali membuat dignosis anda tersendiri. Antara lain tanda penagihan dadah adalah seperti berikut:
           circ6.gif (239 bytes) Perubahan atau kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja., serta kemerosotan mutu kerja, disiplin dan  hasil kerja.
           circ6.gif (239 bytes) Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya.
           circ6.gif (239 bytes) Mengelakkan diri daripada tanggungjawab.
           circ6.gif (239 bytes) Perubahan sikap dan tabiat pada keseluruhannya.
           circ6.gif (239 bytes) Rupa paras dan kebersihan diri yang tidak terurus.
           circ6.gif (239 bytes) Tabiat suka menyembunyikan segala yang dilakukan serta dimiliki.
           circ6.gif (239 bytes) Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup. Anak mata menjadi kuyu.
           circ6.gif (239 bytes) Parut atau bekas suntikan di lengan, hujung jari bertukar warna akibat kesan menghisap dadah.
           circ6.gif (239 bytes) Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah,
           circ6.gif (239 bytes) Mengasingkan diri daripada rakan-rakan dan kegiatan masa lapang.
           circ6.gif (239 bytes) Meminta wang secara berlebihan daripada ibubapa.
           circ6.gif (239 bytes) Suka meminjam wang daripada kawan atau mencuri barang yang mudah dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja,  saudara-mara atau kawan.
           circ6.gif (239 bytes) Selalu mengunjungi tempat aneh tanpa sebab seperti bilik stor, bilik kecil di tingkat bawah bangunan ( untuk mengambil dadah )