Sunday 1 April 2012

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESAN DADAH

Kesan dadah terhadap seseorang berbeza mengikut individu dan bergantung pada beberapa faktor seperti berikut:
pin3b.gif (462 bytes) Jenis Dadah
             Perbezaan dari segi kesan terhadap fungsi sistem saraf pusat iaitu sama ada ia merosotkan fungsi ( contohnya  dengan heroin den depresen) atau merangsangkan (contohnya dengan amfetamin dan kokain) atau merosotkan dan merangsangkan ( contohnya dengan ganja dan kokain ).
pin3b.gif (462 bytes) Jumlah Yang Digunakan
             Kesan dos kecil berbeza daripada kesan dos besar. Contohnya, dos kecil heroin mungkin menyebabkan rasa  mengantuk atau euforia berbanding dengan dos besar yang akan merosotkan pernafasan dan membawa maut.
pin3b.gif (462 bytes) Cara Menggunakannya
              Kesan dadah bergantung kepada jangka masa penggunaan, kekerapan mengguna, cara mengguna iaitu sama  ada ditelan, disuntik, dihidu, dihisap atau digunakan bersama-sama dengan dadah lain.
pin3b.gif (462 bytes) Kesan Individu
              Kesan dadah bergantung kepada umur, jantina, berat badan, kesihatan, daya tahan, pengalaman, penggunaan  dadah, kesan perasaan ( mood ) dan aktiviti.
pin3b.gif (462 bytes) Situasi Ketika Menggunakannya
              Keadaan atau tempat menggunakan dadah, iaitu sama ada ada atau tiada orang lain, juga merupakan faktor  yang mempengaruhi kesan dadah.

No comments:

Post a Comment