Perbezaan dari segi kesan terhadap fungsi sistem saraf pusat iaitu sama ada ia merosotkan fungsi ( contohnya dengan heroin den depresen) atau merangsangkan (contohnya dengan amfetamin dan kokain) atau merosotkan dan merangsangkan ( contohnya dengan ganja dan kokain ).
Kesan dos kecil berbeza daripada kesan dos besar. Contohnya, dos kecil heroin mungkin menyebabkan rasa mengantuk atau euforia berbanding dengan dos besar yang akan merosotkan pernafasan dan membawa maut.
Kesan dadah bergantung kepada jangka masa penggunaan, kekerapan mengguna, cara mengguna iaitu sama ada ditelan, disuntik, dihidu, dihisap atau digunakan bersama-sama dengan dadah lain.
Kesan dadah bergantung kepada umur, jantina, berat badan, kesihatan, daya tahan, pengalaman, penggunaan dadah, kesan perasaan ( mood ) dan aktiviti.
Keadaan atau tempat menggunakan dadah, iaitu sama ada ada atau tiada orang lain, juga merupakan faktor yang mempengaruhi kesan dadah.
No comments:
Post a Comment